Wednesday, February 18, 2009

Faham Ke Tak Faham?

Pelik sungguh...
Ajaib sungguh...
Hairan sungguh...
Astagfirullahal'azim...
Ya Allah ampunkan Daku, Aku Tak Mampu Ya Allah, Aku Lemah Ya Allah, Aku Jahil Ya Allah!

Tanggal 12 Februari 2009 Jam 9.30malam aku bersama-sama dengan kelab surau yang dibawah kelolaanku telah me nganjurkan satu diskusi@forum ilmiah yabng bertajuk ANCAMAN LIBERALISME DAN PLURALISME AGAMA, KESANNYA TERHADAP AKIDAH UMAT ISLAM yang begitu berat untuk dikupas,tapi alhamdulillah,berkat kesabaran dan kemantapan serta keilmuan para ahli panel dan moderator yang mengupas tajuk tersebut, kami dan para hadirin mendapat satu pencerahan tentang isu ini.

Semuanya dikupas,dari makna,pendokong,sindrom,kaitan semas dan banyak lagi termasuk fenomena berhibur dan moral serta isu hak asasi yang dipergunakan golongan tertentu demi agenda mereka. Rasanya semua sudah jelas malam tu...,tp rupanya betul cakap orang yang dah makan asam garam lebih banyak dari kita..IBARAT MENCURAHKAN AIR KE DAUN KELADI @ MASUK TELINGA KANAN KELUAR TELINGA KIRI...

Aku tak terkejut pasal penganjuran BATTLE OF THE BAND pada malam 14 Februari kerana benda tu dah jadi tradisi dalam diari KERIS MAS...berhibur pun tidak salah,dah itu memang fitrah manusiat tapi apa yang berlaku adalah sebaliknya...mula2 memang ok kerana keadaan terkawal dengan peserta lelaki dan wanita diasingkan, tapi keadaan bertukar kecoh dan jelek bila di saat akhir persemban artis jemputan apabila ada yang mula buat adengan tak senonoh berkepit sana sini dan macam-macam lagi.

Faham ke x faham? nampaknya memang majoriti xfaham apa yang sedang mereka dan termasuk aku buat...MULA dengan BISMILLAH DIAKHIRI dengan MASYA'ALLAH NAU'ZUBILLAH.
semua campur gaul...aku lemah.aku jahil,aku tak ada kuasa...

"“Ya Allah, hanya rahmatMu yang aku harapkan. Jangan tinggalkan aku sendirian walau dengan kadar sekelip mata. Perbetulkan segala urusanku. Laa ilaha illa anta(Tiada Tuhan selain Engkau)” (Riwayat Abu Dawud, Ahmad)"

1 comment:

Anonymous said...

inilah manusia di akhir zaman..yang pegi tgok 2 wt perk?baik duk bilik jerk