salam blogger buat semua tetamu.
Hari ini akan berlangsung Program yang boleh dikatakan program besar jugaklah iaitu
Pertandingan Debat DiRaja Peringkat IPTA seluruh negara yang akan berlangsung selama seminggu bermula hari ni 28 Nov 2008 hingga 3 Dis 2008. ada 3 kategori iaitu Bahasa Arab, Bahasa Melayu Dan Bahasa Inggeris.
Sememangnya program seperti inilah yang perlu diadakan di UKM untuk mencungkil bakat-bakat baru ke arah melahirkan mahasiswa yang berani bersuara serta kaya dengan pengetahuan semasa. Program seperti ini juga dilihat dapat melatih mahasiswa serta peserta debat ke arah kepimpinan yang berkesan tanpa menjejaskan potensi akademik mereka. Kita semua sebagai mahasiswa perlu sedar bahawa tujuan kita berada di universiti adalah bukan semata-mata untuk menghadiri kuliah sahaja tetapi juga perlu kepada kemahiran interpersonal dan juga intrapersonal yang melibatkan bagaimana cara untuk berorganisasi, bergaul dengan masyarakat yang pelbagai serta bagaimana untuk memimpin diri sendiri ke arah mengaspirasikan kegemiangan insan yang berintelektual disamping berhibur dengan cara yang betul tanpa membatasi lunas-lunas agama dan moral kita sebagai mahasiswa...
Akhir sekali saya bagi pihak Kelab Debat Bahasa Arab Urusetia Perucapan Umum UKM berharap agar sahabat-sahabat dapat mendoakan kami agar berjaya dalam pertandingan debat diRaja pada kali ini demi untuk memartabatkan Varsiti kita di persada tempatan mahupun antarabangsa.
No comments:
Post a Comment