Saturday, December 27, 2008

Salam Ma'al Hijrah 1430



Assalamualaikum...
Hari ini adalah hari terakhir umat Islam berada di dalam tahun hijrah 1429. Ini bermakna apabila berkumandang sahaja azan maghrib pada senja hari ini,maka akan pergilah tahun 1429H dn akan tersingkaplah tirai baru tahun hijrah 1430 dalam kalendar Islam. Semua umat islam digalakkan berpuasa sunat pada bulan Muharam terutamanya pada hari Asyura 10 Muharam berdasarkan hadis Nabi S.A.W :
أَفْضَلُ الصِّيَامِ بَعْدَ رَمَضَانَ شَهْرُ اللَّهِ الْمُحَرَّمُ وَأَفْضَلُ الصَّلاَةِ بَعْدَ الْفَرِيضَةِ صَلاَةُ اللَّيْلِ.
Sebaik-baik puasa setelah Ramadhan adalah bulan Allah al-Muharram dan sebaik-baik solat setelah solat fardhu adalah solat malam. – Hadis riwayat Imam Muslim, no: 1163.

Sabda baginda ‘Bulan Allah al-Muharram” menegaskan lagi betapa mulianya bulan Muharram ini. Oleh itu hendaklah kita bersungguh-sungguh untuk berpuasa sebanyak mungkin pada bulan Muharram ini.

Disunnahkan juga untuk menambahkan puasa pada hari Asyura tersebut dengan berpuasa sehari sebelum ataupun sehari sesudahnya. Rasulullah s.a.w. memerintahkan hal ini bertujuan untuk menyelisihi amalan orang Yahudi. Rasulullah s.a.w. bersabda:
صُومُوا يَوْمَ عَاشُورَاءَ وَخَالِفُوا فِيهِ الْيَهُودَ صُومُوا قَبْلَهُ يَوْمًا أَوْ بَعْدَهُ يَوْمًا.
Berpuasalah kalian pada hari Asyura dan berselisihlah dengan orang Yahudi di dalamnya, dan berpuasalah sehari sebelumnya atau sehari sesudahnya. – Hadis riwayat Imam Ahmad, no: 2047.

Disamping itu,dengan berlabuhnya tahun 1429Hijrah dan tersingkapnya tahun 1430Hijrah, saya dengan rendah hari ingin menyeru kepada diri sendiri dan sahabat-sahabat agar memperbaharui azam dan tekad untuk ke arah yang lebih baik demi untuk menjadi HAMBA ALLAH yang reti bersyukur,serta sentiasa patuh akan suruhan dan laranganNya seterusnya ke arah mendapatkan keredhaan Allah ke atas apa yang kita semua amalkan.
ISLAM MENJANA UMMAH GEMILANG

No comments: