
Keajaiban bulan 'senyum': Luar biasa. Kelihatan bulan sabit dan planet Musytari serta Zuhrah menyerupai muka orang tersenyum atau bulan 'senyum' yang boleh kelihatan bermula kira-kira jam 8 malam 1 Disember 2008. Kejadian luar biasa astronomi itu berlaku lima tahun sekali turut menarik perhatian ramai rakyat negara ini yang menyebarkan berita bulan 'senyum' itu menerusi khidmat pesanan ringkas.
ALLAHUAKBAR3x!!!
Saya yang ketika kejadian sedang berjalan dengan kawan-kawan dari tempat makan berasa begitu teruja dan kagum kerana ini adalah kali pertama saya dapat melihat kejadian bulan yang TERSENYUM. Malangnya saya tidak dapat mengambil gambar fenomena tersebut sendiri kerana tidak membawa kamera ketika kejadian.
SUBHANALLAH!!!
No comments:
Post a Comment