Salam Blogger
Sedar tidak sedar beberapa hari saja lagi kita akan menyambut perayaan Aidiladha. Begitu cepat masa berlalu meninggalkan kita padahal baru saja selesai merayakan Kemenangan Umat Islam yang berperang dengan nafsu sepanjang Ramdhan lepas.
Hari Raya Aidiladha (bahasa Arab: عيد الأضحى 'Eid Ul-Adha) atau Hari Raya Haji merupakan perayaan yang dirayakan di seluruh dunia. Ia adalah perayaan terbesar di dalam Islam selain Aidilfitri yang disambut pada setiap 1 Syawal. Aidiladha disambut pada hari ke sepuluh, sebelas, dua belas dan tiga belas bulan Zulhijjah setiap tahun. Bermula dengan Takbir Aidiladha pada malam 10 Zulhijjah, diikuti dengan solat sunat Aidiladha serta khutbah Aidiladha di pagi 10 Zulhijjah, sambutan diikuti dengan ibadah korban yang boleh dilakukan samada pada 10 atau 11 atau 12 atau siang 13 Zulhijjah.
Aidiladha adalah perayaan yang istimewa kerana ia merupakan hari untuk umat Islam memperingati kisah pengorbanan Nabi Ibrahim dalam menunaikan perintah Allah dan ke-sabaran anaknya Nabi Ismail dalam memenuhi perintah Allah s.w.t.
Dari segi bahasa, korban bermaksud dekat, manakala dari segi istilah ia bermaksud menjalankan perintah agama atau taat kepada perintah Allah kerana ingin mendekatkan diri kepada-Nya. Hari Raya Korban jatuh pada hari kesepuluh pada bulan Zulhijjah, bulan terakhir pada kalender Hijrah Islam. 10 Zulhijjah merupakan tarikh penting dalam sejarah Islam di mana Nabi Adam dan isterinya Hawa dikeluarkan dari syurga dan diturunkan ke bumi sebelum berjumpa di padang Arafah, di luar bandar Mekah.
Pada hari raya, orang Islam disunatkan mengenakan pakaian yang paling cantik, paling bersih, dan juga mengenakan wangi-wangian. Pada pagi hari raya korban, umat Islam akan mengerjakan sembahyang sunat Hari Raya sebanyak 2 rakaat akan diadakan pada sebelah pagi, biasanya agak awal sedikit Hari Raya Aidil Fitri.
Selain itu, salah satu keistimewaan Aidiladha dan Hari Tasyrik ialah ibadat korban. Ibadat korban ini hanya boleh dilakukan dalam empat hari iaitu bermula waktu selepas khatib menyampaikan khutbah Aidiladha sehingga sebelum tenggelam matahari pada hari ke-13 Zulhijah. Selepas bersembahyang, upacara korban akan dimulakan. Lembu, kambing, dan biri-biri yang dikorbankan akan disembelih secara beramai-ramai di kawasan masjid sebelum dibahagi-bahagikan kepada orang ramai terutamanya kepada golongan fakir miskin.
Hari Raya Aidiladha disambut ketika umat Islam membuat penziarahan ke Mekah, mengunjung Kaabah dan melakukan korban sembelihan. Al-Quran tidak menyatakan, tetapi umat Islam memegang bahawa perayaan korban ini memperingati kesanggupan Nabi Ibrahim untuk menyerahkan anaknya sebagai korban kepada Tuhan.
Kaitan Aidiladha dengan kehidupan mahasiswa kampus
Bila tiba saja cuti raya, kita akan cepat-cepat mencari tiket untuk pulang ke kampong, tapi bila habis raya tidak ramai pula yang berebut-rebut untuk kembali ke kampus untuk belajar kembali. Memang sudah jadi lumrah. Malas nak komen panjang,Cuma mahu ajak sahabat-sahabat mahasiswa berfikir sejenak setakat mana kita mengadaptasi kisah pengorbanan Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail dalam kehidupan kampus. Adakah setakat korban duit untuk fotostat nota atau buku rujukan, beli kredit prepaid,beli pakaian mahal-mahal,… atau sekadar berkorban masa untuk online ym 24jam? Atau bergiat aktif dalam program yang tidak memberi manfaat kepada kita? Tidak perlu saya menjawab persoalan tadi kerana siapalah saya insan yang berasal dari mani yang hina untuk memberi nasihat apatah lagi untuk menegur perbuatan kalian semua termasuk diri saya yang hina ini…sama-sama muhasabah diri wahai GHURABA’ dunia
ASTAGHFIRULLAHAL A’ZIM
No comments:
Post a Comment